Posted on Tuesday, September 11 @ 11:52:02 CDT by reformis
Oleh Dato' Kamarudin JaffarSetiausaha Agung PASPAS mengikuti dengan penuh prihatin dan bimbang perkembangan tragedi di Batu Burok, Kuala Terengganu ekoran tindakan pihak polis menggagalkan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau BERSIH yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu 8 September 2007 lalu.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana seorang anggota polis pada malam tersebut telah melepaskan tembakan ke arah orang awam sehingga mencederakan dua orang dengan kecederaan yang parah.
Media arus perdana telah memberikan liputan meluas versi pihak polis berhubung kejadian malam tersebut. Namun demikian PAS dapati liputan-liputan itu sendiri jelas menunjukkan terdapat percanggahan diantara satu kenyataan ke satu kenyataan yang dikeluarkan dari hari kehari khususnya oleh pihak polis sendiri.
Berapakah das tembakan sebenarnya yang telah dilepaskan pada malam tersebut dari senjatapi anggota yang polis yang dikatakan telah menghasut mereka yang berhimpun pada malam tersebut?
Dari akhbar-akhbar media perdana kita dapati setiap kali Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob membuat kenyataan, setiap kali itulah bilangan das tembakan yang dilepaskan pada malam kejadian berubah. Pada hari pertama selepas kejadian Ketua Polis Negeri berkenaan memaklumkan sebanyak 1 das tembakan telah dilepaskan. Kemudiannya angka berkenaan bertambah menjadi 2, dan pada hari ini kebanyakkan akhbar media perdana melaporkan yang Ketua Polis yang sama memaklumkan pula bahawa sebenarnya 4 das tembakan telah dilepaskan.
Perbezaan ketara angka-angka ini lebih meyakinkan kami bahawa terdapat usaha memendamkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Batu Burok pada malam berkenaan. Dan ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti pasukan polis.
Oleh yang demikian PAS sekali lagi mengulangi desakkannya supaya sebuah Suruhanjaya Di Raja segera dibentuk bagi menyiasat tragedi ini dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam mencetuskannya.

No comments:
Post a Comment