Abdul Halim Mohd Rashid
Sat Sep 15, 07 7:45:56 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Rakyat tidak akan percaya dan akan menolak apa jua keputusan siasatan polis ke atas tragedi berdarah di Batu Burok malam Sabtu lalu, tegas Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Dua orang awam yang tidak bersenjata cedera dalam perstiwa keganasan polis itu di mana salah seorang darinya cedera parah akibat tindakan polis yang dengan sengaja dan sewenang-wenangnya menembak dengan peluru hidup.
"Hanya Suruhanjaya Diraja yang bebas dan tidak memihak yang boleh dipercayai siasatan mereka. Saya mengulangi penegasan Presiden PAS bahawa PAS amat sangsi dan hilang kepercayaan kepada kredibiliti pasukan polis.
"Polis gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa mereka tidak diperalatkan oleh Umno untuk mensabotaj ceramah BERSIH pada malam berkenaan.
"Adalah tidak munasabah sama sekali bagi kita untuk mempercayai hasil siasatan kuda tunggangan Umno!" tegas beliau ketika mengulas tindakan polis mengedarkan gambar sembilan lelaki kononnya untuk membantu polis menyiasat kes keganasannya sendiri.
Mahfuz mengingatkan pihak polis supaya jangan mendera dan menyiksa sembilan orang yang dicari itu apabila mereka berada di tangan polis semata-mata untuk memaksa mereka membuat pengakuan.
"Jika perkara itu berlaku, kami akan mengadakan kempen besar-besaran sehingga ke peringkat antarabangsa mengenai keganasan polis dan sambil itu kami akan memberikan segala bantuan untuk mereka mengambil tindakan undang-undang serta meminta semua rakyat yang prihatin di seluruh negara mengadakan solat hajat ke atas pihak polis," katanya.
Sambil menyifatkan semua usaha polis itu sebagai petanda yang jelas bahawa polis sudah tidak mempunyai kredibiliti dalam siasatannya, Mahfuz mempersoalkan mengapa polis terus gagal mengenalpasti lelaki tersebut?
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, polis hendaklah menyiasat siapakah jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu.
"Adakah polis tidak tahu bagaimana hendak mengenalpasti jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu sedangkan beliau boleh menjadi saksi utama kepada jenayah itu? Polis mesti menyiasat jurufoto dari media mana atau jurufoto persendirian," katanya.
Beliau yakin khidmat jurufoto berkenaan boleh digunakan untuk mengenalpasti siapakah individu yang membakar bendera itu dan jurufoto itu boleh membantu polis untuk membuat lakaran wajah pembakar bendera itu.
Persoalannya, kata beliau lagi, rakyat merasa sangsi terhadap pihak polis yang sehingga kini polis gagal mengenalpasti jurufoto berkenaan.
"Tiba-tiba ada pula gambar lelaki berkopiah membakar bendera. Ini skrip baru dari mana pula?
"Sebab itu kita menegaskan, polis mesti menunjukkan kepada dunia jurufoto dari akhbar mana yang mengambil gambar individu yang sedang membakar bendera itu? Walaupun sehingga ke mahkamah, beliau tentu sanggup memberikan kerjasama untuk menghukum individu yang membakar Jalur Gemilang.
"Tetapi jika jurugambar polis sendiri yang mengambil gambar itu, kita mengutuk dan mengecam sikap tidak bertanggungjawab beliau dan pegawai atasannya. Mengapa hanya tahu mengambil gambar sahaja tetapi enggan mengambil tindakan ke atas individu yang membakar Jalur Gemilang itu sedangkan beliau adalah seorang anggota polis?" katanya.
Bagi Mahfuz, semua itu membuktikan kredibiliti polis yang sangat buruk, tidak boleh dipercayai dan beliau mengulangi penegasan bahawa polis tidak akan berlaku adil dalam siasatannya ke atas tragedi itu.
"Ketidakadilan polis sudah terbukti apabila hanya mangsa keganasan polis akibat tembakan dengan peluru hidup sahaja yang hendak disiasat malah mungkin didakwa.
"Sedangkan, anggotanya yang dengan sengaja dan sewenang-wenangnya bersikap trigger happy serta menembak orang awam yang tidak bersenjata dengan peluru hidup dibiarkan begitu sahaja dan polis seolah-olah mahu semua pihak melupakan perbuatan jahat itu dengan membesar-besarkan perkara lain," katanya.

No comments:
Post a Comment