Awang Harun
Wed Sep 12, 07 12:24:37 PM
Kebangkitan rakyat Terengganu kini bukan lagi 'omong-omong' kosong sebagaimana yang diuar-uarkan oleh pemimpin PAS yang mendakwa 'mood' rakyat kini berpihak kepada parti itu.
Bahkan, dengan perkembangan terbaru tragedi ‘berdarah’ di Batu Buruk pada 8 September 2007 lalu dilihat sebagai kelemahan kerajaan negeri dan provokasi pihak Polis sendiri.
Bermula petang itu seawal jam 3.00 petang pihak pasukan keselamatan telah turun ‘padang’ mengambil tempat masing-masing.
Pada jam 4.00 petang, sekatan ke simpang masuk tempat program Ceramah BERSIH di Jalan Persiaran Hakim 1, Batu Burok, Kuala Terengganu dilakukan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Kemudian, pada jam 5.00 petang pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) dikatakan bertindak meroboh pentas utama ceramah yang bakal diadakan pada malam tersebut bagi mengagalkan majlis berkenaan.
Hujan renyai-renyai dan sesekali lebat menyebabkan anggota Polis dan FRU bertempiaran lari berteduh ke warung-warung serta kedai makan berhampiran.
Manakala, bermula jam 6.00 petang tindakan lebih ‘keras’ dilakukan bagi menghalang jalan keluar masuk dan hanya dibenarkan kepada penduduk tempatan sahaja.
Tinjauan Harakah, pada malam tersebut mendapati bermula jam 9.00 malam ‘arahan’ dikeluarkan agar orang ramai yang membanjiri persekitaran Medan Selera Taman Batu Burok bersurai.
Kelihatan beberapa anggota Polis berpakaian biasa ‘menghambat’ orang ramai yang bertempiaran lari akibat dikejar pihak berkuasa terbabit.
Beberapa orang awam yang datang ingin mengikuti program ceramah berkenaan turut ditahan tanpa sebab bagi membuktikan pihak Polis sedia bertindak lebih tegas jika tidak mematuhi arahan bersurai.
Tangkapan pertama dilakukan pada jam 9.15 malam serta beberapa siri lagi berlaku pada jam 9.25 malam dan ditempatkan ke dalam lori ‘black maria’.
Pada jam 9.40 malam, rombongan pemimpin PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali tiba di perkarangan Medan Selera tersebut dengan puluhan penyokong parti.
Siri-siri rundingan diadakan antara pemimpin PAS, Dato’ Mustafa Ali, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Haji Mohamad Sabu dan Haji Muhyidin Abdul Rashid bersama pegawai Polis berkenaan.
Suasana ‘tegang’ lagi apabila pihak pasukan keselamatan enggan membenarkan Dato’ Mustafa serta beberapa orang penceramah masuk menemui tuan rumah yang bakal diadakan ceramah tersebut.
Pada ketika itu, berlaku lagi beberapa tangkapan termasuk terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Syukrimun Shamsuddin serta beberapa orang warga emas seusia 67 tahun dan 78 tahun.
Pada waktu itu, kedapatan 10 orang mangsa tahanan Ceramah BERSIH yang terdiri antara umur 28 hingga 78 tahun yang tidak tahu kesalahan masing-masing.
Tinjauan Harakah, mendapati ratusan gas pemedih mata dilepaskan kepada orang ramai, penyokong PAS dan Barisan Alternatif (BA) serta beberapa kali ulangan trak ‘water canon’ yang kehabisan ‘pelurunya’.
Selain itu, sesekali jelas kedengaran beberapa siri tembakan dari pistol pihak anggota Polis berpakaian preman bersama peluru hidupnya yang turut mencederakan orang ramai.
Sekitar jam 1.30 pagi, suasana sudah tidak terkawal serta berlaku ‘kebangkitan’ rakyat dan pemuda luar biasa yang dipercayai di kalangan remaja ’mat rempit’ bagi menentang kerakusan pihak FRU.
Sehubungan itu, pengalaman serta pengajaran pihak berkenaan dalam tragedi ‘Bom Asap’ pada Ceramah Israk Mikraj di Batu Enam pada tahun 2005 terpaksa digunapakai oleh Pasukan Keselamatan.
Pada jam 1.45 pagi, satu arahan dikeluarkan oleh pihak atasan agar semua anggota FRU dan Polis terpaksa berundur serta diarahkan pulang ke balai dengan segera bagi mengelakkan rusuhan ‘merebak’ lebih jauh dari Jalan Sultan Mahmud ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSN) dekat sini.
Tindakan agresif pihak Polis yang mengherdik, menghalau serta menangkap orang ramai yang ingin mengikuti program ceramah BERSIH secara kekerasan amat dikesali dan tidak berlandaskan prinsip demokrasi sebenar.
Bahkan, seorang wartawan sambilan Harakah,Suhaimi Taib antara yang ditangkap kerana ‘kesalahan’ membuat liputan bergambar pada malam kejadian tersebut.
Suhaimi berkata anggota Polis yang menahannya merampas secara kasar beg kamera yang mengandungi beberapa peralatan penting termasuk ‘tape DVD’ tidak dipulangkan kembali.
“Saya ditangkap Polis pada malam itu ketika buat liputan bergambar dan secara kasar mereka (Polis) merampas satu beg penting dan belum dipulangkan kembali setelah dibebaskan.
“Saya juga kehilangan kad pengenalan akibat kecuaian pegawai yang mengendalikan kes masing-masing cuba berlepas tangan,” ujarnya ketika ditemui selepas dibebaskan.
Dalam kejadian tersebut dilaporkan seramai 23 orang ditangkap dan dua daripadanya cedera parah akibat tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh seorang anggota Polis berpangkat konstabel.
Mereka yang cedera parah ialah Suwandi Abdul Ghani,38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang dan Muhamad Azman Aziz, 21, dari Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Mangsa keganasan Polis,Suwandi Abdul Ghani yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mengeluarkan peluru ditubuhnya.
Muhamad Azman turut terkena tembakan pada bahagian leher dan bahu masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Harakah difahamkan, kedua-dua mangsa terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Manakala, empat anggota FRU yang sekadar cedera ringan iaitu Che Malek Jusoh, Chandran a/l Shammugam, Mohd Imran Ismail dan Azmi Husin menerima rawatan sebagai pesakit luar dalam kejadian tersebut.
Seorang anggota Polis berpangkat konstabel dari Jabatan Siasatan Jenayah, Wan Abdul Aziz Wan Omar mengaku telah melepaskan tembakan tersebut sebagaimana laporan Polis yang dibuatnya.
Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang yang enggan dikenali mendakwa sehari sebelum kejadian itu pihak Polis yang dikenalinya telah membeli banyak ‘lastik’ yang tidak diketahui tujuannya.
Selain itu, telahan pimpinan PAS serta orang ramai yang mendakwa tragedi berdarah pada majlis perhimpunan anjuran BERSIH itu berunsur provokasi semakin kukuh dengan perkembangan isu ‘perusuh’ membakar bendera jalur gemilang.
PAS meminta suatu siasatan terperinci dilakukan kerana sangsi dengan pihak yang didakwa melakukan perbuatan membakar bendera Malaysia serta berkemungkinan berunsur ‘sabotaj’.
Bagaimana dalam keadaan tegang pada waktu itu membolehkan seorang anak muda yang memakai topi keledar bertindak sendirian membakar bendera tersebut.
Tinjauan Harakah ke lokasi yang dimaksudkan itu membuktikan kejadian bakar bendera berlaku di tempat yang sangat jauh dari kumpulan orang ramai pada malam tersebut. - mks.

No comments:
Post a Comment