Ditulis oleh WanKay & AYu | |
Tuesday, 08 January 2008 | |
Kuala Terengganu, 6 Januari - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menunda permohonan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz untuk mendapatkan jaminan kepada 14 Januari ini. Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian setelah pihak pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela, peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong mengemukakan hujah masing-masing. Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah. Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis. Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa. Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memenangi kes di mahkamah di atas kesilapan yang tertentu. Turut mewakil pihak pendakwaan ialah Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof. Sementara itu, tujuh orang pemuda yang ditahan pada sebelah pagi diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu telah dibebaskan pada lewat petang semalam. Salah seorang dari mereka, Ustaz Tarmizi Jaafar, ketika dihubungi oleh Buletinonline malam ini memberitahu bahawa, kesemua meraka dilepaskan dengan jaminan polis. “ AlhamduliLlah kami semua dilepaskan pada waktu hampir maghrib, setelah diambil keterangan oleh Inspektor Amirudin” jelas Ustaz Tarmizi. “Namun begitu, kami diberikan satu surat untuk kembali melapor kepada Balai polis pada 20 Januari, 2008” Mereka tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, namun begitu kebimbangan berulangnya peristiwa seperti Insiden Batu Buruk 8 September lalu, dimana pertuduhan dibuat kemudian, setelah mereka melaporkan diri di balai polis. |
Tuesday, January 8, 2008
Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 – Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the GPS, I hope you enjoy. The address is http://gps-brasil.blogspot.com. A hug.
Post a Comment