Ditulis oleh WartawanBuletinonline | |
Sunday, 30 December 2007 | |
Kuala Trengganu, 30 Dis, 9.00am - Orang ramai mula berkumpul di depan mahkamah Kuala Terengganu seawal 8.00 pagi. Hari ini adalah hari pertama perbicaraan Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis tetapi dituduh oleh kerajaan UMNO/BN dengan sengaja mencederakan polis Sehingga jam 9.00 pagi ketika berita ini dilaporkan, orang ramai terus masuk keperkarangan mahkamah dan berhimpun. Laungan 'hidup Islam' mula kedengaran. Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Terengganu, Dato' Ustaz Hj Abu Bakar Chik memberitahu orang ramai yang hadir bahawa himpunan yang dibuat pada pagi ini adalah untuk menuntut keadilan keatas perbicaraan Suwandi dan Azman. Turut hadir di dalam perhimpunan pada pagi ini adalah Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Ketua Dewan Ulama', Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah. Sehubungan dengan itu, perbicaraan hari pertama Suwandi dan Azman pada hari ini dijadualkan bermula pada jam 10.00 pagi. Laporan dari dalam Mahkamah Kuala Terengganu memaklumkan bahawa satu 'trak' polis telah masuk ke perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi, melalaui pintu belakang. Trak tersebut yang membawa penumpang memakai baju berwarna kuning yang biasa dipakai oleh mereka-mereka yang ditahan 'reman'. Kemungkinan besar, trak tersebut membawa masuk Suwandi dan Azman yang dipindahkan dari penjara Marang ke IPD Kuala Terengganu khamis lalu. Sehingga jam 9.30 pagi, seramai kira-kira 500 orang telah pun berhimpun. Ucapan-ucapan silih berganti dibuat oleh para pimpinan PAS negeri dan Pusat. Antara yang berucap adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ariffin Deraman, AJK Dewan Pemuda PAS Ustaz Ridwan Mohd Noor, Ketua De wan Pemuda PAS Marang, Ustaz Abu Bakar Solleh dan lain-lain. |
Tuesday, January 8, 2008
Orang ramai berhimpun sokong Suwandi dan Azman di mahkamah KT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment