Ditulis oleh SM Noor | |
Monday, 10 December 2007 | |
Kuala Terengganu, 9 Disember – Hakim mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Hasan Abd Ghani memutuskan bahawa kedua-dua tertuduh di penjara. Azman dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Suwandi dari Kampung Binjai Rendah, Marang dipenjara dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 30 dan 31 Disember ini. Didalam penghujahan pendakwa yang juga Peguam Negara, Abd Ghani Patail telah meminta mahkamah supaya tidak membenarkan Azman dan Suwandi diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan memandangkan ia membabitkan kesalahan serius kerana turut membabitkan kepentingan umum dan negara. Katanya Azman dan Suwandi menghadiri perhimpunan ‘haram’ pada malam itu dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bersih yang selepas itu turut mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 10 November lepas. Justeru, Abd Ghani telah meminta Hakim supaya mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh itu bukan sahaja sebagai ‘peserta’ tetapi juga perlu dilihat sebagai ‘organisasi’ yang melakukan kesalahan berulang. "Jika tidak diambil tindakan tegas, maka perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih akan berterusan. Saya dengan tegas menentang apa-apa jaminan dan mereka tidak boleh diberi jamin," kata Abd Ghani Dalam memberikan hujah balas, peguam Azman dan Suwandi, Mazlan Md Zin berkata, adalah tidak wajar anak guamnya tidak dibenarkan ikat jamin semata-mata ingin memberi pengajaran kepada BERSIH. Hakim Hasan kemudiannya memutuskan bahawa kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 30 dan 31 Dis ini.Berikutan dengan keputusan hakim Hassan Abd Ghani, Azman dan Suwandi kini benar-benar menjadi ikon sejati BERSIH. Mereka ditembak, dan kemudian dipenjara kerana menyokong BERSIH. Orang ramai pencinta keadilan dan penyokong organisasi BERSIH diminta supaya mengadakan solat hajat sebagaimana seruan yang dibuat oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang |
Tuesday, January 8, 2008
Suwandi dan Azman ikon sejati BERSIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment