Wednesday, September 19, 2007

KENYATAAN PEMILIK RUMAH CERAMAH BERSIH BATU BURUK

Tuesday, September 18 @ 01:32:57 MYTTopic: Berita Online

Oleh Muda Mohd Noor (Malaysiakini) Sep 17, 07 –Pemilik rumah tempat Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijadualkan mengadakan ceramah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu berkata rumahnya telah menjadi tempat ceramah pemimpin pembangkang sejak 10 tahun lalu tanpa mencetuskan sebarang gangguan dan kekacauan. Perkara ini dinyatakan oleh Ahmad Salleh, 77, yang dikenali dengan panggilan Mat Singapura di kalangan rakan-rakannya.

“Pihak polis tidak pernah menghalang ceramah-ceramah yang diadakan di kawasan rumah saya kerana tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk. Penduduk sekitarnya juga tidak pernah merungut. “Semua pemimpin pembangkang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor - telah berceramah di sini. Rumah Milik Hj Ahmad Salleh, sentiasa digunakan untuk ceramah, disini juga mula-mula Dato'Seri Anwar Ibrahim berceramah sebelum beliau ditangkap pada tahun 1988“
Ceramah paling ramai diadakan oleh Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak) yang dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang pada 1999,” katanya ketika ditemui malaysiakini di rumahnya di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Rabu lalu.

No comments: