Ditulis oleh SM Noor | |
Sunday, 06 January 2008 | |
Kuala Terengganu, 6 Jan, 9.00 pagi – Bantahan terhadap ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi diteruskan, bahkan hari ini ia turut disertai oleh sekumpulan pemuda dari Jerantut Pahang. Sementara itu, sekitar jam 8.30 pagi, seramai 7 orang pemuda telah ditahan di hadapan kompleks mahkamah Kuala Terengganu ketika mengedarkan risalah ‘ Menyokong Himpunan Aman ‘ yang diadakan pada hari ini. Mereka dipercayai ditahan oleh sekumpulan polis berpakaian awam, dipercayai cawangan khas. Kesemua mereka yang ditahan adalah pemuda dari Kampong Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada jam 8.45 pagi, sebuah trak polis yang sarat membawa penumpang mamakai baju berwarna 'jingga', dilihat membawa Azman dan Suwandi masuk ke perkarangan mahkamah melalui pintu utama. Isteri Suwandi, telah masuk keprkarangan mahkamah seawall jam 8.15 pagi, namun ayah Azman tidak dibenarkan masuk kerana terlewat sampai dimahkamah. Pada sekitar jam 9.15 pagi, Himpunan Aman Rakyat membantah ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi dimulakan. Beberapa pimpinan PAS Negeri turut hadir termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Ngeri, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik. Himpunan tersebut diteruskan wakaupun didalam hujan. Antara pemimpin yang berucap adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman, Ketua Dewan Pemuda PAS Besut dan Ketua Dewan Pemuda PAS Marang |
Tuesday, January 8, 2008
Himpunan Aman sokong Azman dan Suwandi di teruskan – 7 ditahan edar risalah
Menyokong Himpunan Esok (06/01/08)
Ditulis oleh Editor | |
Saturday, 05 January 2008 | |
Kuala Terengganu, 4 Jan - Prihatin Rakyat Terengganu(Prihatin) mengeluarkan kenyataan dan sebaran mengapa rakyat perlu menyokong Himpunan Aman Menyokong 20 Rakyat Terengganu yang dizalimi. Rakyat wajib menyokong mereka terutamanya mangsa tembakan polis, Suwandi dan Azman telah dipenjarakan serta 18 orang yang lain, kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan sebagai rakyat yang mempunyai hak-hak dibawah perlembagaan. Prihatin menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa campurtangan politik dan membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka belum di buktikan bersalah. MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA TERENGGANU
PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU dengan ini menyokong Perhimpunan AMAN yang diadakan pada hari ini, 6 Januari 2008 sebagai perpaduan bersama-sama 20 orang rakyat Terengganu yang telah dizalimi, terutamanya kepada saudara Suwandi bin Abdul Ghani (38) dan Muhammad Azman bin Aziz (21);
1. Suwandi dan Azman telah ditembak oleh seorang anggota Polis berpakaian biasa, Wan Aziz Wan Omar (RF 143706) PADA 8 SEPTEMBER 2007 lalu. Tembakan itu menyebabkan mereka cedera parah dan hampir hilang nyawa. Bagaimanapun, Suwandi dan Azman telah dituduh cuba menyerang polis berkenaan. Sedangkan mereka berdua dalam keadaan tangan kosong semasa kejadian.
2. Walaupun Mahkamah masih belum memutuskan Saudara Suwandi dan Azman bersalah, namun Peguam Negara, Abdul Gani Patail bertegas tidak membenarkan mereka berdua diikat jamin. Kesannya, kini mereka berdua dipenjarakan sementara menunggu kes mereka dibicarakan yang tidak diketahui bila akan berakhir.
3. Asas penahanan mereka ialah Seksyen 27 (5) Akta Polis iaitu Perhimpunan Haram. Seksyen ini telah lapuk dan tidak relevan kerana menafikan hak berhimpun secara total dan bertentangan secara prinsipnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini bersifat menghalang perhimpunan aman rakyat. Sedangkan Pihak Polis sepatutnya cuma mengawal perhimpunan. Inilah yang ditegaskan oleh SUHAKAM di dalam Laporan Inkuiri Demonstrasi Anti Kenaikan Harga Barang di KLCC.
4. Memetik kenyataan Peguam Suwandi dan Azman, bahawa pemenjaraan ini adalah suatu pengalaman dan tekanan kepada mereka berdua kerana ditempatkan bersama penjenayah berat, pesakit AIDS dan HIV. Sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Ini akan menjadi satu precedent (kes-kes duluan yang diikuti oleh mahkamah) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Malaysia. Sekiranya Mahkamah Tinggi tidak membebaskan mereka ketika semakan kehakiman yang akan berlangsung pada hari ini (6 Januari 2008), maka penahanan tanpa bicara (tidak dibenarkan jamin) akan menjadi suatu perkara yang lazim di Malaysia. 5. Paling mengecewakan, Polis yang melepaskan 4 das tembakan berkenaan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis dan peguam negara. Seolah-olah, tembakan dengan peluru hidup oleh polis terhadap dua orang awam berkenaan adalah betul.
6. Pada masa yang sama, 31 orang yang menganggotai perhimpunan HINDRAF telah digugurkan pertuduhan cuba membunuh polis dan dibenarkan ikat jamin walaupun pertuduhan yang dikenakan atas mereka lebih berat daripada tuduhan ke atas Azman dan Suwandi. Kenyataan peguan Negara dalam kes HINDRAF yang menyatakan beliau tidak pasti siapakah yang melemparkan batu kepada polis selepas pertuduhan dikenakan ke atas 31 orang yang terbabit adalah memalukan dan mendedahkan kepada umum bahawa pertuduhan boleh dikenakan dan digugurkan atas motif politik dan bukannya atas asas undang-undang. Kerana pertuduhan tidak boleh dikenakan melainkan pihak pendakwa pasti dan mempunyai bukti siapakah yang melakukannya.
7. Ini adalah suatu kezaliman, kerana menurut Islam bahkan menurut Undang-undang Sivil sekalipun. Iaitu prinsipnya adalah seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah dan pihak yang mendakwalah yang perlu membuktikannya. Inilah juga prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi dipersendakan oleh Kerajaan BN yang mengamalkan undang-undang rimba.
Untuk itu, PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU mempertegaskan sokongan kami terhadap Saudara Suwandi, Azman dan 18 orang yang lain yang turut didakwa dalam insiden yang sama. Kami menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa sebarang campurtangan politik dan menimbang untuk membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Penahanan mereka adalah suatu hukuman sebelum mahkamah menjatuhkan hukumannya dan juga merupakan suatu kezaliman. Tujuan perhimpunan ini juga bagi menuntut keadilan agar pihak berkuasa tidak bertindak sewenang-wenangnya ke atas orang awam.
Perhimpunan aman pada hari ini adalah hak sejagat dan dijamin di bawah:
*Perkara 10 -Perlembagaan Persekutuan Negara - Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, * Perkara 20 - Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan, * Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
Prihatin Rakyat Terengganu / 6 Januari 2008 |
Suwandi, Azman kekal tidak dibenar ikat jamin – Mustaffa Ali kesal
Ditulis oleh Wan Kay & AYu | |
Sunday, 30 December 2007 | |
Kuala Terengganu, 30 Dis – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan polis dalam Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz di ikat jamin Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas. Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong. Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Pada 9 Disember lalu, Hassan memutuskan Suwandi, 38, dan Muhammad Azman, 21, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang. Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran. Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret. Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu. Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin. Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya. Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita. Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan. Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui. Dato’ Haji Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Bertarikh: 30 Disember 2007 |
Orang ramai berhimpun sokong Suwandi dan Azman di mahkamah KT
Ditulis oleh WartawanBuletinonline | |
Sunday, 30 December 2007 | |
Kuala Trengganu, 30 Dis, 9.00am - Orang ramai mula berkumpul di depan mahkamah Kuala Terengganu seawal 8.00 pagi. Hari ini adalah hari pertama perbicaraan Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis tetapi dituduh oleh kerajaan UMNO/BN dengan sengaja mencederakan polis Sehingga jam 9.00 pagi ketika berita ini dilaporkan, orang ramai terus masuk keperkarangan mahkamah dan berhimpun. Laungan 'hidup Islam' mula kedengaran. Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Terengganu, Dato' Ustaz Hj Abu Bakar Chik memberitahu orang ramai yang hadir bahawa himpunan yang dibuat pada pagi ini adalah untuk menuntut keadilan keatas perbicaraan Suwandi dan Azman. Turut hadir di dalam perhimpunan pada pagi ini adalah Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Ketua Dewan Ulama', Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah. Sehubungan dengan itu, perbicaraan hari pertama Suwandi dan Azman pada hari ini dijadualkan bermula pada jam 10.00 pagi. Laporan dari dalam Mahkamah Kuala Terengganu memaklumkan bahawa satu 'trak' polis telah masuk ke perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi, melalaui pintu belakang. Trak tersebut yang membawa penumpang memakai baju berwarna kuning yang biasa dipakai oleh mereka-mereka yang ditahan 'reman'. Kemungkinan besar, trak tersebut membawa masuk Suwandi dan Azman yang dipindahkan dari penjara Marang ke IPD Kuala Terengganu khamis lalu. Sehingga jam 9.30 pagi, seramai kira-kira 500 orang telah pun berhimpun. Ucapan-ucapan silih berganti dibuat oleh para pimpinan PAS negeri dan Pusat. Antara yang berucap adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ariffin Deraman, AJK Dewan Pemuda PAS Ustaz Ridwan Mohd Noor, Ketua De wan Pemuda PAS Marang, Ustaz Abu Bakar Solleh dan lain-lain. |
Razak pula saman polis, Kerajaan Malaysia
|
Ditulis oleh AYu | |
Thursday, 27 December 2007 | |
Kuala Terengganu, 27 Dis - Seorang lagi mangsa dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Abdul Razak Ismail, 36, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Saman difailkan terhadap Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negeri Terengganu (defendan kedua) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga. Beliau yang diwakili Tetuan Fariz Halim & Co memohon mahkamah membuat perintah ke atas defendan-defendan supaya membuat bayaran iaitu ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan agrabit yang akan ditakirkan, faedah mengikut undang-undang, kos kepeguaman dan lain-lain pemberian atau relif yang difikirkan wajar dan suaifaat oleh mahkamah. |