Wednesday, September 19, 2007

PAS Teruskan Ceramah


Date: Sunday, September 16 @ 01:24:17 MYTTopic: Artikel

Pas Terengganu akan mengadakan ceramah bergerak di seluruh negeri bermula Ramadan ini bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung isu sebenar di sebalik rusuhan dan perhimpunan haram di Batu Burok di sini, Sabtu lalu. Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, isu tersebut seharusnya dijelaskan hingga ke akar umbi bagi memastikan mereka mengetahui cerita di sebalik kejadian. Menurutnya, buat permulaan majlis penerangan akan diadakan di Rusila, Marang 14 September ini dan selepas itu di tempat-tempat lain. ‘‘Penjelasan perlu kerana mereka tidak mengetahui apa yang sebenar berlaku, jadi sudah menjadi tanggungjawab Pas memberi penjelasan sebab dan punca kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini. Beliau diminta mengulas kejadian rusuhan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu yang dipercayai dilakukan oleh penyokong parti pembangkang


Liputan NST - 13, 14, 15 & 17hb September 07











37 lagi dicari polis - Berita Harian, Utusan & Kosmo 180907














Iklan PropagandaMurahan UMNO - Berita Harian 180907


Mustafa ada bukti SU Politik PM rancang rusuhan


Awang Harun Sun Sep 16, 07 1:06:29 pm MYT


KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali bersedia untuk mendedahkan penglibatan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.


Tegasnya, beliau mempunyai bukti penglibatan Wan Ahmad Farid dalam kejadian yang mengakibatkan dua pemuda, seorang daripadanya parah dimasukkan ke hospital kerana terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis.


Tambahnya, ini kerana rusuhan yang berlaku itu adalah perancangan daripada pemimpin Umno dan antara yang terlibat ialah Wan Farid.


Bagaimanapun, katanya penjelasan itu boleh dilakukan apabila diminta oleh suruhanjaya diraja yang perlu ditubuhkan bagi menyiasat insiden anggota polis melepaskan tembakan tehadap pemuda berkenaan.


Tambahnya, suruhanjaya diraja itu perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut dan mendapatkan gambaran sebenar.


“Saya sedia beri keterangan apabila Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri, di sini, Rabu lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanifa Maidin. Beliau merujuk kepada Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kes mata lebam yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.


Sementara itu, media menonjolkan hanya Wan Ahmad Farid sahaja yang melawat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Husin yang cedera di tangan ketika rusuhan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang Ahad lalu.


Beliau menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Katanya, kejadian itu boleh dielakkan jika pihak terbabit menghormati undang-undang dan mengikut arahan polis supaya bersurai.


Mustafa pula menambah, kenyataan Abdullah yang menyebut bahawa rusuhan itu adalah dirancang untuk menimbulkan kekacauan menjelaskan lagi bahawa ia sememangnya dirancang oleh pemimpin Umno yang memperalatkan polis. - mns